Skip to main content

Jom Sokong ONEXOX TKKR SAG Team, Pusingan 6 ARRC 2019 di Sepang – MASUK PERCUMA

 

ARRC 2019 kembali lagi ke Sepang setelah 6 bulan berlalu. Pada Pusingan Pertama , Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan ONEXOX TKKR SAG melakar sejarah baharu sebagai pelumba pertama yang menjuarai kategori baharu iaitu ASIA SUPERBIKE 1000 (ASB1000).  Beliau yang menunggang jentera BMW S1000RR memintas pelumba dari Negara Gajah Putih (Tithipong Warokom) pada beberapa pusingan akhir sebelum menamatkan perlumbaan di posisi pertama.

 

Pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing meraikan kemenangan pertama di kategori ASB1000

 

Azlan Shah Kamaruzaman (25) , ONEXOX TKKR SAG Racing Team – Juara Sulong ASB1000

 

ONEXOX TKKR SAG Racing Team

 

 

Pada 20-22 September 2019, akan berlangsung Pusingan 6 ARRC 2019 di Litar Antarabangsa Sepang. ONEXOX TKKR SAG Team akan sekali lagi bertarung di tanah air sendiri bersama-sama pasukan-pasukan hebat dari seluruh Asia.  ONEXOX TKKR SAG Team meletakkan beberapa pelumba handalan Malaysia dan Indonesia di setiap kategori. Pusingan kali ini adalah yang kedua terakhir sebelum pusingan akhir di Thailand nanti. ONEXOX TKKR SAG Team dan pelumba masih mempunyai peluang untuk berada di kedudukan terbaik pada kejohanan tahun ini.

 

Pelumba ONEXOX TKKR SAG Racing Team

 

Ketika pusingan 5 di Zhuhai China, Azlan Shah berjaya mendapat tempat kedua di Race 2 setelah gagal menamatkan perlumbaan pada Race 1 ASB1000 dan menyumbang mata bermakna pada pasukan. Di kategori Supersports 600 (SS 600), Ramdan Rosli gagal menamatkan perlumbaan di Race 1 dan Race 2 kerana menghadapi masalah teknikal dengan jentera yang ditunggangnya.

Rey Ratukore berjaya menamatkan Race 2 di posisi ke-5 di kelas AP250 manakala di kelas UB150 pula, Ahmad Fazli Sham dan Wahyu Aji Trilaksana berjaya menduduki podium ke-2 dan ke-3 setelah bertarung dengan sengit dalam kelompok pelumba hadapan. Diharapkan di pusingan ke-6 ARRC kali ini, pelumba ONEXOX TKKR SAG Team mempunyai kelebihan dan semangat berlumba di negara sendiri, dihadapan penyokong-penyokong sendiri. Jom kita sama-sama hadir ke Litar Antarabangsa Sepang untuk memberi sokongan padu kepada mereka.

 

 

 

 

 

 

 

MASUK PERCUMA!!

 

RAKAN NIAGA ONEXOX dijemput beramai-ramai ke Litar Antarabangsa Sepang pada Pusingan 6 ARRC ini. ONEXOX menyediakan khemah berhawa dingin untuk anda membuat promosi dan pendaftaran pengguna baharu. Tiada sebarang yuran dikenakan. Ianya PERCUMA. Jom meREMBO .. 🙂

 

 

 

 

 

Peta lokasi Litar Antarabangsa Sepang

 

Jadual Perlumbaan

 

Sumber dari:

ARRC Media Center

 

ARRC Round 6: Sepang, Malaysia

3 weeks to go!Who is ready to enjoy great battles and win a bike or two? 💪🏻Sepang here we come!

Posted by Asia Road Racing Championship on Jumaat, 30 Ogos 2019

 

Sumber:

Facebook Rasmi ONEXOX TKKR SAG Team

Laman Rasmi Asia Road Racing Championship

————————————————————————————————————

Sila hubungi Pengedar Sah ONEXOX untuk maklumat lanjut berkenaan plan ONEXOX.

Dapatkan Cenderamata ONEXOX secara online di SONANGSHOP.COM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *