You are currently viewing MASUK i-City Theme Park PERCUMA!! 9 Feb. 2020 , Selangor’s Golden Triangle Day 2020

MASUK i-City Theme Park PERCUMA!! 9 Feb. 2020 , Selangor’s Golden Triangle Day 2020

Bila kali terakhir anda bawa keluarga beriadah? lagi-lagi ke taman tema air.. ok,  Sempena Selangor’s Golden Triangle Day 2020 pada 9 Februari 2020 akan datang ada peluang untuk anda bawa mereka bergembira di Taman Tema i-City , Seksyen 7 Shah Alam.

 

Pada hari tersebut TIADA sebarang bayaran dikenakan untuk masuk dan bermain permainan di taman tema dan lokasi-lokasi tarikan yang lain. Maknanya semua adalah PERCUMA .. jangan lepaskan peluang terbaik ni tau.. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda ke Taman Tema i-City nanti ok..

Sebelum ke i-City,  perlu tahu la kan .. macam mana nak ke sana..

lokasi i-City adalah di Seksyen 7 Shah Alam. Akses mudah adalah dari Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur ke Klang, selepas susur keluar Seksyen 7 dan Padang Jawa.

Search perkataan “I-City Shah Alam”  di app WAZE je lebih mudah.. hehe .. terus sampai ke lokasi.. sekarang zaman semuanya di hujung jari .. nak mudah lagi ..  tekan je link ni..   i-City Theme Park

 

disertakan juga map i-City Shah Alam

 

Ada syarat ke nak masuk i-City Theme Park ni dengan PERCUMA?

  • RAKYAT MALAYSIA – Layak untuk masuk PERCUMA ke pada hari berkenaan. Pelancong luar negara perlu membeli tiket masuk mengikut kadar tertentu. Mereka layak untuk membeli EXPRESS PASS untuk akses pantas ke semua rides yg disediakan.

  • Masuk PERCUMA ke semua tarikan utama dengan keperluan tertentu.

  • Pada 9 Februari 2020, semua tarikan utama tetap mengikut waktu beroperasi biasa.

  • Bagaimana untuk MASUK PERCUMA ke i-City Theme Park? – Pengunjung perlu muat turun aplikasi i-City Mobile. Di aplikasi, buka ruangan promotion dan klik Selangor’s Golden Triangle Day Pass dan isi maklumat anda. Aplikasi ini diperlukan untuk anda mengunakan permainan dan rides di i-City Theme Park.

 

Pengunjung digalakkan untuk memuat turun dan install aplikasi i-City Mobile lebih awal untuk mengelakkan kesesakan sistem pada 9 Februari 2020. Muat turun aplikasi i-City Mobile di:

i-City Mobile untuk Android

i-City Mobile untuk iOS

Referral Code : 83d8

 

Ok .. dah sampai di i-City?? di mana nak parking kereta?? ada beberapa lokasi kawasan parking kenderaan ..

1. Central Walk – Pengunjung boleh meletakkan kenderaan di aras P3, P4 dan G . Bayaran parking adalah RM3 bagi 3 jam pertama dan RM1 bagi setiap 1 jam berikut atau sebahagiannya. Had bayaran maksima adalah RM10 sehari. Lebih mudah menggunakan app i-City Mobile. Tambah nilai minima RM20, dan gunakan untuk bayaran parking dengan scan kod QR di entrance dan exit.

2. Central i-City Mall – kadar bayaran untuk meletakkan kenderaan adalah RM3 bg 3 jam pertama dan RM1 bagi 1 jam atau sebahagiannya. Tiada had maksima bayaran. Pengunjung perlu ke aras 1 Central i-CityMall dan menyeberangi bridge ke i-City Theme Park.

Peringatan: Dilarang sama sekali meletakkan kenderaan di bahu jalan kerana akan mengganggu kelancaran trafik di sekitar i-City.

 

Antara tarikan UTAMA yang anda boleh dikunjungi dengan PERCUMA pada hari tersebut:

 

SnoWalk (Dibuka dari 11 pagi hingga 12 malam)

 

Water World (Dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang)

 

City of Digital Light (Dibuka dari 5 petang hingga 1 pagi)

 

Red Carpet (Dibuka dari 11 pagi hingga 12 malam)

TRICK ART MUSEUM (Dibuka dari 11 pagi hingga 12 malam)

 

SPACE MISSION (Dibuka dari 5 ptg hingga 1 pagi)

 

HOUSE OF HORROR (Dibuka dari 5 ptg hingga 12 mlm)

 

Kemudahan asas turut disediakan di sekitar i-City dan Central i-City Mall seperti surau, tandas, restoran dan lain-lain.

Setelah penat beriadah, boleh singgah dan berehat di Center ONEXOX di Central i-City Mall, Kami di Aras 2,Lot L2-K05. Kami sediakan kerusi empuk untuk anda berehat .. 🙂

** Untuk maklumat lebih terperinci, boleh rujuk laman rasmi i-City Theme Park 

 

Leave a Reply