You are currently viewing ONEXOX TKKR Racing Team di Akhbar Berita Harian

ONEXOX TKKR Racing Team di Akhbar Berita Harian

Sedia maklum, pasukan lumba motor TKKR Racing Team adalah satu pasukan dari Telco ONEXOX & XOX Bhd yang kini telah berusia 3 tahun. Pasukan ini semakin meningkat naik membina nama dalam arena permotoran dalam negara dan juga antarabangsa.

Baru-baru ini, pasukan TKKR telah mendapat liputan akhbar terkemuka negara Berita Harian kerana pasukan ini mengumumkan akan bertanding dalam kelas elit ASB1000 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019.

TKKR ONEXOX RACING

TKKR mempertaruhkan bekas pelumba Moto3 negara pada musim 2014 iaitu Amirul Hafiq Mohd Azmi yang akan bertanding dalam kelas ASB1000 di ARRC tahun depan dan beliau juga telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kelas Superstock di Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) baru-baru ini.

Lakaran awal untuk  BMW S1000R
Lakaran awal untuk BMW S1000R

Berita selanjutkan boleh layari di web Bharian.

Apa yang menariknya, kisah ONEXOX yang menaja sepenuhnya pasukan TRRR Racing ini adalah untuk menjenamakan produk ONEXOX ke peringkat antarabangsa selain minat CEO ONEXOX sendiri yang cukup mendalam dalam sukan permotoran 2 roda ini.

Kami sebagai pengedar ONEXOX semestinya cukup bangga apabila nama ONEXOX berdiri gah dipersada antarabangsa membuatkan kami lebih yakin tentang syarikat ini.

Selain itu juga, ONEXOX merupakan antara penaja kepada Malaysia CubPrix 2018 dan 2019. Tidak hairan lah bila logo ONEXOX berada di merata-rata kawasan litar setiap kali perlumbaan CubPrix.

Logo ONEXOX di Malaysia CubPrix

Semoga pasukan ONEXOX TKKR Racing Team akan lebih sukses lagi dimasa hadapan. Dan kami juga ada dengar ura ura akan ke saingan Moto3 pada tahun 2019 nanti. Sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan dari Malaysia.

Oh ya, jika anda masih belum mengenali apa itu ONEXOX, apakata anda download pdf kami disini.

Leave a Reply