Skip to main content
ONEXOX

ONEXOX : Syarikat Telco yang Kini Mula Digeruni.

ONEXOX adalah sebuah syarikat telekomunikasi yang beroperasi dibawah XOX Bhd yang mana merupakan sebuah syarikat MVNO kepada Celcom. Liputan kami adalah dari liputan Celcom. Maka anda tidak perlu risau akan liputan rangkaian ini yang menyeluruh serata bumi Malaysia.

ONEXOX yang ditubuhkan pada tahun 2013 bermula dengan serba kekurangan, tiada service centre, lot kedai, mahupun pengiklanan juga tidak begitu kelihatan.

Namun, sokongan berterusan dari para pengedar bagaikan pahlawan telah membawa syarikat ONEXOX kini semakin dikenali malah digeruni oleh syarikat telco gergasi yang lain.

Kami mengutamakan lebih penjimatan dalam setiap produk yang dikeluarkan. Sebab itulah pengguna kami mampu mencecah angka 2.3 juta pengguna sehingga Ogos 2018 yang lalu.

Malah kami juga bekerjasama dengan syarikat korporat untuk meluaskan lagi perkhidmatan dan penjenamaan kami.

Antara syarikat korporat yang telah menjalinkan kerjasama dengan ONEXOX:

  • Pasukan Bola Sepak JDT –  Kami wujudkan Simkad edisi JDT Sembang Bola.
  • Bank Islam –  Kad Debit Visa Bank Islam edisi ONEXOX sudah berada di pasaran.
  • TeaLive – Lebih banyak voucher kepada pengguna ONEXOX untuk redeem minuman TeaLive.
Pelancaran Prepaid JDT Sembang Bola (ONEXOX)
Majlis Pelancara Kad Debit-i Bank Islam Visa ONEXOX
Redeem TeaLive PERCUMA! (contoh)

Tajaan & Branding

Selain itu, ONEXOX juga telah menjadi salah satu sponsor acara lumba motor Malaysia CubPrix pada tahun 2017 & 2018.

Bukan sahaja sponsor, malah ONEXOX juga memiliki pasukan sendiri dalam CubPrix iaitu ONEXOX TKKR Racing Team. 

ONEXOX TKKR Racing di CubPrix
ONEXOX TKKR Racing di acara sukan bermotor Malaysian CubPrix

Pasukan ONEXOX TKKR Racing juga menyertai acara perlumbaan Asia Road Racing Championship (ARRC) sejak musim 2017 sehingga kini dan pernah menaiki podium.

Podium di ARC

Pengiklanan

Penjenamaan ONEXOX bukan takat terhenti disitu. Kami juga telah melebarkan pengiklanan kami dalam iklan-iklan radio tempatan dalam 3 bahasa berbeza iaitu bahasa melayu, bahasa mandarin dan bahasa inggeris dalam channel radio berbeza bagi memastikan produk kami menyeluruh terhadap aspek semua golongan.

Iklan-iklan ‘billboard’ ONEXOX serata Malaysia juga telah dinaikkan dikawasan-kawasan bandar dan kawasan tumpuan bagi memberikan kesedaran terhadap masyarakat umum terhadap penjimatan produk ONEXOX.

ONEXOX Prepaid Bilboard
ONEXOX Prepaid Bilboard
ONEXOX Black Billboard
ONEXOX Black Billboard

Pada tahun 2015, XOX & ONEXOX juga menjadi penaja utama untuk Final Piala FA 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil antara pasukan Kelantan menentang pasukan Lions XII

Buka Outlet, Kiosk & Service Centre

Terbaru, syarikat juga telah berbelanja besar untuk membuka tapak jualan dan servis centre di dalam pejabat pos, UTC, shopping mall (seperti AEON, Tesco, Giant, Econsave, TF Mart), dan banyak lagi bagi memudahkan syarikat memberikan layanan dan servis khidmat pelanggan yang terbaik.

Jika anda merupakan pengedar (dealer) ONEXOX, semestinya anda merasa cukup bertuah dan bangga kerana dengan modal yang cukup minima, anda terus diberikan ruang dan peluang untuk berniaga dalam tempat yang ekslusif melalui program ONEXOX X-Force.

Kiosk ONEXOX

Patuh Shariah

Selain penjenamaan yang meluas, produk dan syarikat ONEXOX telah diiktiraf dan memiliki Sijil Pematuhan Shariah oleh panel patuh shariah yang dipengerusikan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman pada  9 September 2016.

Bukan sahaja produk dan pelan pemasaran diiktiraf patuh shariah, tetapi dari pelbagai aspek termasuk pengurusan syarikat juga telah diambil kira.

Jadi anda boleh gunakan produk dan menjalankan perniagaan ONEXOX tanpa was-was!

Majlis Penyerahan Sijil Kepatuhan Shariah ONEXOX

Kini, ONEXOX bukan lagi syarikat yang boleh dipandang rendah. Kerana hari demi hari ONEXOX makin dikenali dan mula sedikit demi sedikit menunjukkan taringnya dan bakal menjadi pesaing utama dalam arena gergasi telekomunikasi di Malaysia dan mungkin di Asia Tenggara suatu hari nanti.

Jumlah Pengguna setiap Syarikat Telekomunikasi di Malaysia

Pelan Baharu : ONEXOX Black

Dengan keluaran produk terbarunya yang dinamakan ONEXOX BLACK, sudah cukup memberikan isyarat resah terhadap pesaingnya.

Mana mungkin tidak, ONEXOX BLACK disertakan ciri-ciri “BurnProof” yang tiada pembaziran wang dimana kesemua data, masa berbual & SMS akan dibawa ke hadapan dan tiada kontrak serta tiada caj yang tersembunyi.

Malah, caj SST juga syarikat memulangkan semula kepada pengguna dalam bentuk “freebies masa panggilan (minit call)” .

Ciri-ciri hybrid juga disediakan dalam ONEXOX BLACK kerana boleh membayar bil dengan membeli kad topup (prepaid), atau boleh bayar secara online atau melalui pengedar berhampiran.

Fungsi ‘Season Pass” dalam ONEXOX PREPAID juga masih dikekalkan dalam ONEXOX BLACK. Menarik bukan?

PELAN ONEXOX BLACK
PELAN ONEXOX BLACK

Cabutan Bertuah

ONEXOX juga sentiasa giat menjalankan promosi-promosi terkini dan juga kempen cabutan bertuah yang lumayan seperti pelbagai jenis telefon pintar dan juga motosikal selain wang tunai untuk dimenangi.

Hadiah Utama sebuah Motosikal Vespa untuk Tahun 2017
Hadiah Utama sebuah Motosikal Vespa untuk Tahun 2017
Poster Black Year End Bonanza
Hadiah Utama: Motosikal Yamaha Y15ZR x 2 Pemenang untuk Black Year End Bonanza 2018
Cabutan Bertuah kepada Pengguna ONEXOX, Hanya Topup RM50 dan Menang!
Cabutan Bertuah kepada Pengguna ONEXOX, Hanya Topup RM50 dan Menang!

Sebagai pengguna ONEXOX dan juga sebagai Pengedar ONEXOX semestinya kami rasa bangga dengan kemajuan syarikat ONEXOX pada hari ini. Dan, ianya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

Sudah tentu akan ada lagi lebih kejutan dimasa yang akan datang. Dengar-dengar, ONEXOX Black akan melancarkan pelan baharu tidak lama lagi dengan ciri-ciri UNLIMITED Call? Data lebih besar? Pakej Phone Bundle? Sama-sama kita nantikan..

Jangan ketinggalan, pastikan anda sentiasa update dengan kami di ONEXOX INFO. Join channel WhatsApp Info kami agar tidak ketinggalan disini.

Selamat Maju Jaya dari kami. Out There We Are ONE!

 

Coretan Oleh:

AD Nasoha (FB)

Nota: Jika anda merupakan pengguna atau pengedar ONEXOX, dan ingin memberikan feedback atau cadangan, boleh lah anda ajukan diruangan ‘Comment’ dibawah:

6 thoughts to “ONEXOX : Syarikat Telco yang Kini Mula Digeruni.”

  1. Apa saja cadangan yang ingin diajukan, boleh lah berikan cadangan anda disini. Kami akan take note untuk kebaikan ONEXOX dimasa akan datang. Terima kasih.

    1. Assalamu’alaikum Tuan Admin , nak minta tuan admin betulkan ejaan perkataan pada gambarajah ‘sijik’ patuh syariah. Sepatutnya “Sijil”…. sekian , terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *