You are currently viewing Baharu! Naiktaraf plan ONEXOX Black

Baharu! Naiktaraf plan ONEXOX Black

Anda pengguna plan ONEXOX BLACK?
Jika YA! .. ini adalah berita gembira yang anda sangat nantikan.. jika jawapan anda TIDAK .. ini juga berita gembira buat anda.. kami hanya ingin pengguna ONEXOX gembira dan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Sebelum kita pergi lebih terperinci berkenaan plan-plan ONEXOX BLACK yang telah dinaiktaraf tu, anda perlu kenal secara asasnya.. APAKAH itu ONEXOX BLACK?

  • ONEXOX BLACK ialah satu dari plan telco mudah alih yang ditawarkan oleh ONEXOX dan ianya adalah berkonsep kepada plan kuota bulanan.
  • atau, hampir boleh disamakan dengan plan pasca bayar tetapi tidak 100% sama. Jika konsep plan pasca bayar (POSTPAID), pelanggan akan mendaftar plan dan setelah menerima bil bulanan barulah pelanggan akan membuat bayaran pertama. Kecuali jika pelanggan memilih plan yang didatangkan sekali dengan pakej telefon pintar (Smartphone Plan), pelangan mungkin akan dikenakan bayaran pendahuluan (UPFRONT)
  • Plan ONEXOX BLACK mengambil beberapa ciri postpaid dan prepaid sebagai konsepnya.
  • Bayaran secara bulanan , adalah ciri plan postpaid.. dan ciri prepaid pula, ia boleh menerima tambah nilai sebelum tiba tarikh kitaran bil. Katakan anda menggunakan kuota data dan telah habis digunakan pada minggu ketiga, anda boleh tambah nilai (topup/reload) akaun anda untuk membeli data tambahan secara ADD-ON atau PROMO HAPPY HOUR. Nilai kredit yang anda topup tadi, jika tidak digunakan untuk pembelian kuota baru, ia akan dijadikan sebagai bayaran bil bulan tersebut apabila kitaran bil berakhir. Mudah kan? .. OK .. itu secara ringkas apa itu ONEXOX BLACK. Untuk info lebih lanjut, anda boleh hubungi pengedar sah ONEXOX di Center ONEXOX Central i-City, Shah Alam. 🙂

Sekarang terus ke plan-plan ONEXOX yang mendapat penambahan kuota bulanan (upgrade) tu.

Saya sertakan foto dari flyer ONEXOX BLACK sebelum menerima upgrade dan anda boleh nampak dengan jelas apakah plan yang dinaikkan jumlah kuota.

Kami Menjanjikan Semua Data, Masa Berbual dan SMS adalah tidak hangus setiap bulan!! – Semua baki kuota bulanan ONEXOX BLACK akan dibawa ke bulan hadapan..

Dapat dilihat dari foto di atas, 3 plan telah menerima tambahan kuota bulanan iaitu B39 (tambahan kuota tempoh berbual) , B39 Plus20 dan B39 Plus50 (tambahan kuota data bulanan) ..

Tiada penambahan kuota diberikan kepada plan paling murah iaitu B10.

Jika sekarang anda pengguna ONEXOX BLACK B39, terdahulu anda hanya menerima kuota 50 minit masa berbual dan pada kitaran baru nanti anda mendapat 150% lebih kuota masa berbual menjadikan jumlah baru kepada 200 minit sebulan!!! dan jangan lupa, ianya adalah #burnproof!! .. baki bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya tanpa sebarang syarat atau T&C yang membebankan. Kuota data bulanan adalah kekal sebanyak 8GB sebulan.

Jika di plan B39, anda terima tambahan kuota masa berbual yg banyak.. berlainan pula dengan dua plan B39Plus20 dan B39 Plus50. Keduanya telah diberikan kuota masa berbual TANPA HAD. Masing-masing menerima tambahan kuota data sebanyak 3GB dan 5GB sebulan!!

TIADA SEBARANG PENAMBAHAN atau PERUBAHAN pada harga plan-plan ini. Dapat data dan masa berbual yang lebih banyak tetapi pada harga yang sama seperti sebelumnya. Pasti pelanggan gembira dengan perubahan ini kan?!

Nantikan di entry akan datang, Plan ONEXOX BLACK berkonsep BUFFET DATA !!

***

Jika anda perlukakn maklumat lanjut berkenaan ONEXOX BLACK atau PREPAID, sila hubungi:

ONEXOX Central i-City Shah Alam

L2-K05, Level 2, Central i-City, Seksyen 7 Shah Alam, 40000 Selangor.

Tel.: 03-5524 0057 , Emel: xpp.icity@gmail.com

Facebook : Onexox Central i-City Shah Alam

post entry : XPP Shah Alam

This Post Has One Comment

Leave a Reply