ARRC 2019 kembali lagi ke Sepang setelah 6 bulan berlalu. Pada Pusingan Pertama , Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan ONEXOX TKKR SAG melakar sejarah baharu sebagai pelumba pertama yang menjuarai kategori baharu iaitu ASIA SUPERBIKE 1000 (ASB1000). Beliau yang menunggang jentera BMW S1000RR memintas pelumba dari Negara Gajah Putih (Tithipong Warokom) pada beberapa pusingan akhir sebelum menamatkan perlumbaan di posisi pertama.


ONEXOX TKKR SAG Racing Team
Pada 20-22 September 2019, akan berlangsung Pusingan 6 ARRC 2019 di Litar Antarabangsa Sepang. ONEXOX TKKR SAG Team akan sekali lagi bertarung di tanah air sendiri bersama-sama pasukan-pasukan hebat dari seluruh Asia. ONEXOX TKKR SAG Team meletakkan beberapa pelumba handalan Malaysia dan Indonesia di setiap kategori. Pusingan kali ini adalah yang kedua terakhir sebelum pusingan akhir di Thailand nanti. ONEXOX TKKR SAG Team dan pelumba masih mempunyai peluang untuk berada di kedudukan terbaik pada kejohanan tahun ini.

Ketika pusingan 5 di Zhuhai China, Azlan Shah berjaya mendapat tempat kedua di Race 2 setelah gagal menamatkan perlumbaan pada Race 1 ASB1000 dan menyumbang mata bermakna pada pasukan. Di kategori Supersports 600 (SS 600), Ramdan Rosli gagal menamatkan perlumbaan di Race 1 dan Race 2 kerana menghadapi masalah teknikal dengan jentera yang ditunggangnya.
Rey Ratukore berjaya menamatkan Race 2 di posisi ke-5 di kelas AP250 manakala di kelas UB150 pula, Ahmad Fazli Sham dan Wahyu Aji Trilaksana berjaya menduduki podium ke-2 dan ke-3 setelah bertarung dengan sengit dalam kelompok pelumba hadapan. Diharapkan di pusingan ke-6 ARRC kali ini, pelumba ONEXOX TKKR SAG Team mempunyai kelebihan dan semangat berlumba di negara sendiri, dihadapan penyokong-penyokong sendiri. Jom kita sama-sama hadir ke Litar Antarabangsa Sepang untuk memberi sokongan padu kepada mereka.
MASUK PERCUMA!!
RAKAN NIAGA ONEXOX dijemput beramai-ramai ke Litar Antarabangsa Sepang pada Pusingan 6 ARRC ini. ONEXOX menyediakan khemah berhawa dingin untuk anda membuat promosi dan pendaftaran pengguna baharu. Tiada sebarang yuran dikenakan. Ianya PERCUMA. Jom meREMBO .. 🙂

Jadual Perlumbaan
Sumber dari:
https://www.facebook.com/AsiaRoadRacing/videos/2523253034570179/
Sumber:
Facebook Rasmi ONEXOX TKKR SAG Team
Laman Rasmi Asia Road Racing Championship
————————————————————————————————————
Sila hubungi Pengedar Sah ONEXOX untuk maklumat lanjut berkenaan plan ONEXOX.
Dapatkan Cenderamata ONEXOX secara online di SONANGSHOP.COM