You are currently viewing Cara Setting APN ONEXOX (Panduan Pengguna)

Cara Setting APN ONEXOX (Panduan Pengguna)

Bagi pengguna ONEXOX Prepaid & ONEXOX Black yang sering mengalami data internet yang kurang stabil atau mungkin slow, mungkin anda belum tukar APN kepada setting APN ONEXOX.

Apa itu APN?

APN adalah Access Point Name. Bahasa ringkasnya APN adalah sebagai gateway untuk menyambungkan transaksi internet data antara mobile phone dan network yang lain. Setiap mobile carrier (syarikat telco) ada setting APN tersendiri.

Bagi pengguna telco ONEXOX , secara asasnya APN sudah tersedia dengan APN dari Celcom kerana kami merupakan syarikat MVNO daripada Celcom. Dengan APN Celcom ini pengguna ONEXOX sudah boleh melayari internet seperti biasa. Namun, sebagai nilai tambahan ONEXOX juga ada meyediakan setting APN sendiri.

Bagi setting APN ini anda hanya perlu buat APN yang baru seperti berikut:

  • Pilihan 1: NAME: XOX dan APN: XOX
  • Pilihan 2: NAME: XOX4G dan APN: XOX4G

Kami ada sediakan tutorial bergambar langkah demi langkah dibawah bagi pengguna android dengan menggunakan contoh Pilihan 2 iaitu XOX4G.

LANGKAH 1: Masuk phone “Settings” anda dan cari “Mobile Network”. Sesetengah telefon, perlu klik “More” terlebih dahulu untuk lihat “Mobile Network”

LANGKAH 2: Klik “Access Point Name” dan klik button menu untuk “New APN”

LANGKAH 3: Anda perlu edit access point Name dan APN sahaja!

LANGKAH 4: Taipkan XOX4G pada Name dan taipkan juga XOX4G pada APN. Dan klik OK

LANGKAH 5: Akhir sekali, save setting anda dan tick APN yang baru iaitu XOX4G.

Nota Tambahan: Sekiranya sesetangah kawasan yang tidak mendapat liputan 4G, atau liputan 4G yang lemah, anda boleh set kan setting APN kepada XOX Sahaja @ Celcom3g. Anda boleh lihat kesan selepas ubah setting APN disini.

Selamat mencuba. Semoga panduan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Anda juga boleh sertai WhatsApp Channel Group untuk dapatkan LIVE update berkaitan ONEXOX produk dan promosi terkini. Join disini.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh lah isikan pertanyaan anda diruangan komen dibawah..

This Post Has 12 Comments

    1. Tuan Admin

      mungkin peranti tidak support 4G atau kawasan tersebut signal 4G yg lemah

  1. S Jang

    Thanks thanks and many thanks. Dah setahun lebih pakai data asyik keluar H+. Lepas tengok screenshot n set baru dapat 4G. Thank you byk2.

  2. syah

    ada problem utk setting APN dkt iphone 8+ (IOS 13.3.3). takde setting utk tambah APN baru dan jika edit APN asal (celcom3g) kpd xox or xox4g, coverage masih lock dkt 3G, walaupun phone yg sama dgn sim yg lain (Tunetalk) boleh dpt 4G

  3. Mohd Rozi Daud

    Di kg gamin onexox ada masalah coverage susah betul nk One internet.. data besar Smpai 5 gigi pun x berfungsi kenapa ye adakah kat tempat saya ni x de pemancar atau onexox Line dia lemah

    1. Tuan Admin

      Mungkin ada blind spot sesetangah tempat. Ada blockage area.

  4. Lisa

    boleh tak pakai simcard XOX insert dalam 3g wifi device ? kenapa simcard not recognised?

    1. Tuan Admin

      Ya boleh. untuk personal use sahaja.

Leave a Reply