You are currently viewing Cara Daftar Akaun SELFCARE (Panduan Pengguna)

Cara Daftar Akaun SELFCARE (Panduan Pengguna)

Selfcare merupakan web portal khas untuk pengguna ONEXOX atau XOX Mobile. Dengan akaun selfcare ini, ianya memudahkan kepada pengguna untuk melihat profile akaun, maklumat penggunaan, rekod panggilan, status data, membuat tambah nilai, menguruskan talian sub-line, aktifkan/tambah data kuota dan banyak lagi kegunaan lain.

Senang kata, akaun selfcare ini ibarat back office bagi pelanggan ONEXOX. Selain itu juga, dengan adanya akaun selfcare anda, anda juga boleh gunakan login info yang sama untuk daftar masuk akaun app “MyXOX” dan juga web “XOX eMall” untuk tujuan tebus mata ganjaran loyalty points.

INFO: anda boleh buat tambah nilai (topup) menggunakan Maybank2u atau cimbclicks melalui akaun Selfcare.

Tutorial kali ini, kami ingin menunjukkan bagaimana cara untuk mendaftar akaun selfcare.

LANGKAH 1: Masuk ke website selfcare.xox.com.my  dan “click here” untuk mendaftar.

LANGKAH 2: Masukkan no telefon ONEXOX anda bermula dengan 601XXXXXXXX dan klik Submit.

LANGKAH 3: Sila semak phone anda. Satu SMS dari 28899 telah dihantar mengandungi TAC/PIN. Masukkan PIN dan klik Submit.

LANGKAH 4: Isi maklumat anda dengan lengkap dan klik Submit.

LANGKAH 5: Sila semak email anda. Satu link pengaktifan telah dihantar. Klik link tersebut. Atau, copy link tersebut, paste kan di browser (chrome, mozilla, safari, etc.) dan klik enter.

LANGKAH 6: Tahniah, pendaftaran anda telah berjaya. Untuk daftar masuk, gunakan email yang anda daftarkan tadi dan juga kata laluan anda.

Pelbagai menu akan tertera dalam akaun Selfcare anda. Anda boleh mencuba satu persatu.

Selamat maju jaya dan jangan lupa klik button share dibawah sekiranya info ini memberikan manfaat kepada anda.. Jumpa lagi di tutorial berikutnya.. 🙂

Leave a Reply