Tukar Nama ONEXOX
Tukar Nama ONEXOX

Panduan Pertukaran Nama Pengguna ONEXOX

Jika anda merupakan pengguna talian ONEXOX (Prepaid ataupun BLACK) dan memerlukan perkhidmatan pertukaran nama atau pindah milik, maka ini adalah panduan untuk anda.

Pemilik Asal (owner) dan Pemilik Baru (new) perlu hadir ke mana-mana centre atau mini centre ONEXOX yang berdekatan dengan anda. Anda boleh call customer service ditalian 12273 (dari talian ONEXOX) atau 1300888010 (dari talian selain ONEXOX) untuk menyemak senarai centre yang berdekatan dengan anda. Kemudian, lakukan step dibawah:

Proses Pindah Milik Penguna ONEXOX

  1. Pastikan pemilik asal dan pemilik baru hadir bersama di centre ONEXOX
  2. Bawa dokumen sah yang asal (MyKad atau Passport)
  3. Isi borang OTF (Ownership Transfer Form)
  4. Isikan maklumat sebab pertukaran dan talian hubungan antara kedua pemilik.
  5. Kedua pemilik turunkan tanda tangan.
  6. Staff mengambil gambar dokumen diatas OT Template yang disediakan
  7. Staff mengambil gambar simkad (bahagian belakang sim)
  8. Staff mengambil gambar screenshot baki (*132# atau *150#)
  9. Bayaran RM5 dikenakan
  10. Proses pertukaran dalam masa 3 hari bekerja.

Proses Pindah Milik Penguna ONEXOX (Jika Pemilik Asal Telah Meninggal Dunia).

  1. Waris perlu hadir ke centre ONEXOX bersama sijil kematian pemilik (sijil asal @ original)
  2. Isi borang OTF (Ownership Transfer Form)
  3. Isikan maklumat sebab pertukaran dan talian hubungan waris bersama si mati
  4. Pemilik baru menurunkan tandatangan
  5. Staff mengambil gambar dokumen diatas OT Template yang disediakan
  6. Staff mengambil gambar simkad (bahagian belakang sim)
  7. Staff mengambil gambar screenshot baki (*132# atau *150#)
  8. Bayaran RM5 dikenakan
  9. Proses pertukaran dalam masa 3 hari bekerja.

Nota tambahan:

  1. Hanya dokumen yang asal sahaja diterima. MyKad, Passport dan Sijil Mati yang fotokopi tidak diterima.
  2. Pemilik asal dan pemilik yang baru WAJIB hadir bersama. Tidak boleh hantar wakil.
  3. Pihak syarikat berhak menolak permohonan anda sekiranya dokumen tidak lengkap atau meragukan.
  4. Proses pertukaran nama (pindah milik) adalah hanya untuk pengguna ONEXOX sahaja dan tidak diterima untuk pengedar ONEXOX.

Berikut adalah sebahagian senarai centre ONEXOX yang boleh melakukan proses pindah milik :

Untuk senarai lengkap, anda boleh call customer careline 12273

Semoga panduan ini membantu dan bermanfaat untuk anda. Sekian.

Dapatkan Merchandise ONEXOX secara online disini : layari https://www.sonangshop.com/collections/merchandise-onexox

This Post Has 4 Comments

  1. Nur Azlina Haron

    Hi .. Saya anak kepada HARON BIN HASHIM .. Saya mahu bertanya adakah ONE XOX ini ada khairat kematian.. Ayah saya sudah meninggal dunia pada 1/9/2019 .. Kalau ada dimanakah saya boleh menuntut…

    1. Tuan Admin

      Buat masa ini, belum ada lg khairat kematian.

  2. izzati

    tumpang tanya, boleh ke kalau nak tukar nama pengguna ni melalui online atau surat, selain ke centre?

    1. Tuan Admin

      Buat masa ini, tiada lagi servis tukar nama secara online.

Leave a Reply