You are currently viewing Simkad SRP Untuk Simkad Hilang atau Rosak

Simkad SRP Untuk Simkad Hilang atau Rosak

Jika anda merupakan pengguna ONEXOX samada ONEXOX Prepaid atau BLACK, dan jika anda mengalami kehilangan simkad (telefon hilang) atau kerosakan simkad, anda boleh dapatkan simkad gantian iaitu simkad SRP.

Apa itu Simcard SRP?

Simkad SRP adalah = Simcard Re-placement khas untuk menggantikan simkad anda yang hilang atau rosak.

Segala baki kredit, data, season pass akan dimasukkan semula seperti sediakala (ketika rosak@hilang). Namun, data contact number yang disimpan (save) dalam simkad tidak boleh dibawa kerana chip sim yang berlainan.

Zaman ini, majoriti diantara kita menyimpan maklumat data dalam phone atau akaun google account dan lain-lain secara cloud.

Apakah prosedur pendaftaran sim SRP?

Anda perlu ke centre ONEXOX berhampiran atau hubungi dealer rasmi ONEXOX. Butiran atau maklumat yang diperlukan adalah:

  • (1) Bawa IC Original (untuk semakan sahaja)
  • (2) Maklumat No Telefon yang rosak@hilang
  • (3) Beli simkad SRP pada harga RM10 sahaja
  • (4) Dealer akan daftarkan simkad baru anda (hantar permohonan ke HQ ONEXOX)
  • (5) Kelulusan dalam masa 1-3 jam (waktu office hour)

This Post Has 28 Comments

  1. Ayom

    Simkad saya hilang. Machang, Kelantan x ada agen xox ke?

  2. Jannahsue

    Sim card sy jadi inset sim, boleh sy tahu kalau tukar sim sy still dapat balik tak baki data internet sy?

    1. Tuan Admin

      Ya, semua baki akan dapat semula

  3. Bunga

    Saya nak tukar dari mikro ke nano sim. Berapa ek charge utk tukar onexox punya simcard ?

    1. Tuan Admin

      sim re-placement, simkad ganti RM10 sahaja

      1. anwar

        kat mana boleh tukat nano simkad kt area kajan?

  4. Hello

    Simkad sy hilang, tapi simkad tu register atas nama orang lain. Boleh tak dapat replacement?

    1. Tuan Admin

      Boleh dapat semula. Tetapi penama asal perlu hadir sekali untuk pengesahan (verify).

  5. Rosdi bin Mohamad@Chik

    Saya pakai sim card xox yg didaftarkan diatas nama kawan saya. Saya beli dengan kawan saya kerana nombornya saya suka. Mcm mana saya nak tukar nama daftar kawan saya itu kepada daftar nama saya.

    1. Tuan Admin

      Tuan boleh buat pertukaran nama. Penama asal dan penama baru kena hadir utk tukar nama. Kos tukar nama RM5 sahaja. Call 12273 untuk senarai centre ONEXOX yang terdekat dengan tuan.

      Terima kasih

  6. kong sook ming

    boleh tahu butterworth ada branch untuk replace simcard tak?

  7. Mus

    Sim card xox saya hilang. Kalau saya beli sim card SRP. Bagai mana dengan simcard yg lama kalau orang lain jumpa. Adakah sim card lama boleh digunakan lagi?

    1. Tuan Admin

      Hanya 1 kad sim sahaja akan aktif dalam satu-satu masa.
      Simkad yg lama sudah tidak berfungsi.

  8. Ezlinor Faizah bt Othaman

    Simkad saya rosak.. di mana boleh saya buat replacement.. area penaga / butterworth.. tq

  9. MOHAMMAD ROSLAN BIN SAMAD

    Sim card sy atas nama ayah sy… So boleh x sy tukar atas nama sy…. Sy nk g center xox x bole sbb ayah sy uzur…. Dan Skrg pn musim PKP… ad x cara lain yg lgi mudah… Sbb sy nk cepat atas urusan KWSP.. TLG REPLY….

  10. Anon

    Saya nak tukar sim card dari micro ke nano. Macam mana saya nak tukar tanpa perlu ke centre?

    1. Tuan Admin

      Ya perlu ke mana-mana kiosk ONEXOX. Atau Centre ONEXOX

  11. Asnawi bin abdul rahman

    Sim kad saya hilang..bagaimana cara saya hendak dapatkan balik no telepon dan sim kad saya balik

    1. Tuan Admin

      Boleh dtg ke mana-man outlet ONEXOX atau dealer ONEXOX. Beli simkad gantian SRP.

  12. Shamir

    Kalau di shah alam, mana lokasi paling mudah/senang utk tukar sin card (nak tukar nano sim card), tq

    1. Tuan Admin

      Boleh datang ke Central i City Shah Alam (seksyen 7). Shopping mall baru di i city sebelah federal highway.
      Naik tingkat 2, depan maxis dan digi umobile. Call 03-55240057

  13. Fish

    Kalau belum activate punya sim card dah lost….boleh buat Simcard SRP ke?

  14. nas

    saya kehilangan simcard onexox saya. sim black onexox. boleh tak saya ambil semula simcard tu kalau still ada overdue balance

    1. Tuan Admin

      Ya boleh dapat semula. Sila dapatkan simkad gantian SRP dari dealer ONEXOX terdekat. Boleh call 12273 (dari talian ONEXOX) atau 1300888010

  15. L.A

    Simcard hilang tapi orang di singapore dan tidak dapat pergi ke centre, bolehkah buat kat online atau ada cara lain?

    1. Tuan Admin

      Hanya pemilik asal sahaja dibernarkan untuk buat proses kad sim gantian.

Leave a Reply