You are currently viewing Perubahan Ketara Kelajuan Data Setelah Mengubah APN

Perubahan Ketara Kelajuan Data Setelah Mengubah APN

Post kali ini kami ingin berkongsi dengan anda hasil dari kes study yang dilakukan oleh salah seorang pengedar ONEXOX kami. Setelah mengubah setting APN kepada XOX4G, hasilnya amat terkejut sekali apabila kelajuan data meningkat secara mendadak.

Namun, perlu diingatkan sekali lagi, kelajuan data adalah berbeza atas beberapa faktor:

  1. Kawasan liputan.
  2. Setting APN
  3. Jenis Peranti (Phone/Device)

Secara umum, jika kawasan liputan yang kurang kuat signal 4G, maka APN perlu diubah mengikut kesesuaian. Anda mungkin boleh mencuba beberapa jenis APN yang berikut:

  • APN Name: xox
  • APN Name: xox3g
  • APN Name: xox4g

Bagi kawasan yang liputan sekadar 3G, mungkin boleh cuba dengan APN xox atau xox3g.

Berikut adalah hasil kajian dari device yang sama , kawasan liputan yang sama, waktu masa yang sama dan hanya menukar setting APN sahaja dari xox kepada xox4g.

 

KETIKA APN : XOX (SEBELUM SETTING)

Speed data ONEXOX sekadar 31Mbps ~ 34Mbps

 

KETIKA APN : XOX4g (SELEPAS SETTING)

Speed data ONEXOX melonjak naik ke 58Mbps ~ 64Mbps

Seronok bukan? Seronok seronok juga, tapi AWAS! Road block ada dihadapan.. hehe.. Bila data dah sedap layan laju macam pergi bulan balik hari, kita kenalah beringat, jangan pula nanti mengadu “data cepat habis pulak..” Jadi, gunakanlah dengan berhemah.. 😀

 

Suka dengan Post Kali Ini? Klik button “share” dibawah:

This Post Has One Comment

Leave a Reply